Skip to Content

Sinopsis Hang Tuah diutus Ke Majapahit

Foto Anna Windri

HANG TUAH DIUTUS KE MAJAPAHIT

mengisahkan Betara Majapahit merasa murka dengan tindakan Raja Melaka beristeri dua. Lalu, baginda menghantar Rangga dan Barit Ketikalah ke Melaka untuk mengetahui kedaan sebenar puteri baginda, iaitu Raden Galuh Emas Ayu. Utusan Majapahit itu disambut dengan mariahdi Melaka. Raja Melaka membalas utusan ini dengan menghantar Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi ke Majapahit.

Setiba di Majapahit, utusan Melaka disambut dengan amukan 200 orang penjurit yang dirancang oleh Patih Gajah Mada. Walau bagaimanapun, cubaan tersebut gagal disempurnakan kerana rancangan itu sudah diduga oleh Laksamana Hang Tuah. Utusan Melaka tetap tenang berarak dan selamat tiba di balai penghadapan.

Kemudian, Patih Gajah Mada meneruskan rancangannya dengan mengupah seorang penjurit untuk mencuri keris Laksamana Hang Tuah ketika majlis penghadpana berlansung iaitu semasa dia sedang bercerita tentang pertempurannya dengan Megat Panji Alam. Keris Laksamana Hang Tuah berjaya dicuri. Seketika kemudian, Laksamana Hang Tuah menyedari bahawa kerisnya telah hilang lalu mencuri keris Patih Gajah Mada. Betara Majapahit mengetahui bahawa Laksamana Hang Tuah dapat mencuri keris Patih Gajah Mada lalu memulangkan keris Laksamana Hang Tuah dan mejelaskan bahawa baginda hanya bergurau. Laksamana Hang Tuah memberi amaran supaya jangan sentiasa bergurau mengenai keris dengan hulubalang Melayu kerana ianya pasti memberi padah yang buruk. Lalu, Laksamana Hang Tuah menyerahkan keris Patih Gajah Mada sehingga Patih Gajah Mada merasa malu atas kealpaannya.

Rancangan untuk membunuh Laksamana Hang Tuah diteruskan. Pada kali ini, Patih Gajah Mada mengupah Perwala mencuri baju Laksamana Hang Tuah ketika mandi di sungai. Perwala Berjaya mencuri baju Laksamana Hang Tuah namun berjaya pula dikejar oleh Laksamana Hang Tuah dan dibunuhnya.

Tidak serik, Patih Gajah Mada mengupah pula Semirang menikam Laksamana Hang Tuah ketika asyik menari dalam majlis santap diraja. Ternyata, Semirang gagal membunuh Laksamana Hang Tuah kerana kerisnya tidak semena-mena terlekat di sarung. Lalu, Patih Gajah Mada mengupah 20 penjurit membunuh Laksamana Hang Tuah ketika mandi di sungai. Di luar jangkaan Patih Gajah Mada, Laksamana Hang Tuah dengan mudah menewaskan 40 oenjurit itu, Patih Gajah Mada dengan mengupah Sang Kertaksa mencuri keris Laksamana Hang Tuah. Usaha tersebut gagal kerana Sanga Kertaksa telah mencuri keris Laksamana Hang Tuah ketika tidur lalu mempersembahkan kepada Betara Majapahit. Alangkah gembira baginda lalu menyimpan keris tersebut ke dalam peti.

Laksamana Hang Tuah sedar bahawa kerisnya hilang lalu pergi ke istana Betara Majapahit. Laksamana Hang Tuah membca pustakanya sehingga seisi istana tertidur lalu berjaya mendapatkan kembali kerisnya itu.

Keesokannya Betara Majapahit mengingatkan Patih Gajah Mada agar siap siaga kerana kemungkinan besar Laksamana Hang Tuah datang mengamuk kerana kehilangan keris.  Tidak lama kemudian, Laksamana Hang Tuah masuk menghadap dengan kerisnya tersisip di pinggang. Betara Majapahit kehairanan lalu masuk ke istana dan mendapati keris Laksamana Hang Tuah tada di dalam peti baginda.

Patih Gajah Mada tidak putus akal lalu merintahkan segala penggawa menghadang  Laksamana Hang Tuah. Namun begitu, Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dna Hang Kasturi Berjaya melepasi hadanagn segala penggawa dengan mudah. Laksamana Hang Tuah memohon kembali ke Melaka meninggalkan Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit yang tetap berdendam dan berazam membunuh Laksamana Hang Tuah kelak.

Komentar

Tulis komentar baru

Materi isian ini bersifat rahasia dan tidak ditampilkan ke publik.


Terpopuler Hari Ini

Sebulan Terakhir

Terpopuler