#Tanka 1
Seindah pagi
matahari bersinar
rahmat mencurah
unggas terbang bernyanyi
bumi aman harmoni.
#Tanka 2
Alhamdulillah
syukur kepada Allah
rezeki melimpah
hujan turun mencurah
pasti menyubur tanah.
#Tanka 2
Alhamdulillah
syukur kepada Allah
rezeki melimpah
hujan turun mencurah
pasti menyubur tanah.
#Tanka 3
Corona virus
datang tidak diundang
bawa petaka
kita jangan terleka
jagalah kesihatan.
#Tanka 4
Tali ukhuwah
sesama manusia
jangan terputus
sanggup berkongsi rasa
dalam suka dan duka.
#Tanka 5
Sayangi buku
dalamnya penuh ilmu
membentuk sahsiah
pintu gerbang dunia
jambatan literasi.
#Tanka 6
Ayah dan ibu
sanggup berkorban raga
demi bahagia
keluarga tercinta
sepanjang usianya.
#Tanka 7
Jalur gemilang
kebanggaan watan
berkibar megah
lambang bangsa berjaya
gah di mata dunia.
#Tanka 8
Padi sebendang
galak menguning emas
lelah petani
berbudi pada tanah
penuh kantung rezeki.
#Tanka 9
Bila merdeka
bebas dari penjajah
darah pejuang
jasa dan pengorbanan
jangan kita lupakan.
#Tanka 10
Seorang guru
ibarat lilin panas
membakar diri
menyuluh jalan gelap
sanggup berkorban raga.
#Tanka 11
Payung ukhuwah
tempat kita berhimpun
kata sepakat
bersama jana ilham
sampai menjadi buku.
#Tanka 12
Secantik bulan
indah di langit malam
pancar cahaya
ke segenap rimba
pungguk merindu.
AC JAFFRIE ~ berasal dari Melaka dan menulis sejak zaman persekolahan sehingga kini. Menulis sebagai hobi sambilan tetapi serius. Genre penulisan yang diminati seperti sajak, pantun, cerpen, cerita kanak-kanak dan novel. Sehingga kini sudah melahirkan puluhan buku secara peribadi mahupun antologi bersama yang diterbitkan oleh pelbagai rumah penerbitan buku. Juga ada berkolaborasi dengan penulis-penulis dari negara serumpun seperti Singapura dan Indonesia. Akan terus menulis selagi mampu.
Komentar
Tulis komentar baru